RUMAH BAHARU KELUARGA PAK ISHAK

Pada 29 April 2020, saya telah mengadakan lawatan ke rumah baharu Pak Ishak bersama Pegawai-pegawai AADK, Pelindung Kanak-kanak dan Kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar. Alhamdulilah isu penempatan keluarga Pak Ishak telah berjaya diselesaikan oleh Ustaz Ebit Liew. Seronok saya melihat suasana ceria anak cucu Pak Ishak tinggal di rumah ini yang jauh lebih selesa dan selamat. Besar jasa Ustaz Ebit Lew kepada keluarga ini.

Walau bagaimanapun, kita sebagai masyarakat setempat dengan kerjasama pelbagai agensi perlu membuat tindakan susulan yang seterusnya bagi menangani isu-isu sosial yang timbul. Jika perkara ini tidak ditangani dengan bijaksana oleh semua pihak, kita risau keluarga ini akan kembali ke takuk lama. Semoga ahli-ahli keluarga Pak Ishak akan menjadi insan-insan yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat.
                                    









Comments