HARI ULANGTAHUN DAN HARI RAYA



Alhamdulilah. Terima kasih diucapkan kepada semua saudara mara dan sahabat handai yang menyampaikan ucapan selamat dan doa sempena hari lahir saya. Umur meningkat setahun lagi bermakna masa kita semakin suntuk untuk melakukan amal kebajikan dan kebaikan di muka bumi.
Saya doakan semua sahabat juga sentiasa dianugerahkan rasa mencukupi, bersyukur dan bahagia di samping keluarga tersayang sepertimana Allah swt kurniakan kepada saya.
Semoga kita terus istiqamah dan dipermudahkan segala urusan dalam perjuangan mencari keredaan Ilahi. Salam hormat.


Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.

1 Syawal 1441H bersamaan 24 Mei 2020

                                      



 

Comments