PERJUMPAAN KETUA CAWANGAN UMNO PARLIMEN KUALA KEDAH

Pada 22 Mei 2020 bersamaan 29 Ramadan 1441H, telah diadakan satu program perjumpaan dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada ketua-ketua UMNO cawangan dalam Parlimen Kuala Kedah. Mereka sentiasa prihatin terhadap masalah penduduk kampung masing-masing maka adalah wajar kebajikan mereka juga tidak dilupakan.

Demi mematuhi penjarakan sosial, program diadakan secara berasingan untuk ketiga-ketiga DUN iaitu Anak Bukit, Pengkalan Kundor dan Kubang Rotan. Dalam ucapan ringkas saya (penat juga berucap perkara yang sama tiga kali), saya menekankan kepimpinan cawangan agar dapat merapatkan perpaduan sesama ahli dan terus bekerja untuk rakyat terutamanya setelah UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri dan pusat. Saya juga memohon semua yang hadir mendoakan kesihatan YBhg Dato’ Ketua Bahagian agar beliau segera sembuh.

Ini merupakan program terakhir saya untuk bulan Ramadan tahun ini. Syukur semuanya berjalan dengan lancar.







Comments