PROGRAM SUMBANGAN RAMADAN 1441H - SATU KESIMPULAN

Pada akhir Ramadan 1441H ini, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana segala perancangan program telah berjalan dengan lancar. Dengan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP), setiap program bantuan berjaya dirancang dengan kebenaran pihak berkuasa melalui kerjasama pelbagai agensi, jabatan dan NGO. Program penyampaian bantuan kali ini lebih bermakna apabila ramai yang terkesan dengan PKP dan bulan puasa serta hari raya yang bakal tiba.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program-program ini yang telah memberi manfaat kepada lebih 500 orang penduduk di setiap pelusuk Parlimen Kuala Kedah. Program bermula di Kampung Tok Pasai hingga ke Kota Sarang Semut dan sampai ke Matang Kong. Setiap bantuan yang saya selaraskan ini disalurkan menggunakan pelbagai platform iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA Kehormat/Bersekutu, AADK Daerah Kota Setar, UMNO Bahagian Kuala Kedah, Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah, Majlis Belia Daerah Kota Setar, Combi Kuala Kedah dan Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah.

Semoga setiap zakat dan sedekah kita diterima sebagai ibadah oleh Allah swt. Dan semoga tempoh-tempoh sukar kita ini akan menguatkan keazaman kita untuk meneruskan kehidupan dan membantu golongan yang memerlukan. Inilah prinsip hidup bermasyarakat yang memberi kebahagiaan hakiki.




















Comments