WARGA EMAS SEBATANG KARA

Ziarah seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Batas Paip, Kuala Kedah. Beliau mengidap penyakit Parkinson dan hanya mampu mengesot di sekitar rumah. Beliau dibantu sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Malah beliau berpeluang mengerjakan umrah tajaan JKM beberapa tahun lepas. Jiran-jiran memasak dan menghantar makanan untuknya. Pelbagai NGO dan institusi membantu memperbaiki rumah dan pendawaian elektrik rumahnya. Alhamdulilah masyarakat di sini sangat prihatin dan penyayang. Ini adalah contoh kejayaan bagaimana komuniti dan agensi bekerjasama membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat.





Comments