ZIARAH KASIH RAMADAN DUN PENGKALAN KUNDOR

Pada 2 Mei 2020 bersamaan 9 Ramadan 1441H, saya bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian telah mengadakan Program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar DUN Pengkalan Kundor iaitu meliputi Kampung Tebengau, Sungai Papan, Selarong Batak, Selarong Panjang, Kuala Kangkong dan Hujung Alor. Antara yang diziarah adalah warga emas, pesakit strok, pesakit dialisis, pesakit diabetes yang baru amputasi kaki, ibu tunggal, keluarga OKP dan keluarga dari golongan sosio-ekonomi rendah. 

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dalam bulan Ramadan dan sepanjang tempoh PKP ini.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah dan wakil Majlis Belia Daerah Kota Setar yang turut serta dalam program ini.

                                       
























Comments