ZIARAH PAK OMAR DI KOTA SARANG SEMUT

Baru-baru ini, saya berkesempatan menziarahi Pak Omar dan anak kelainan upayanya di Batu 9, Kota Sarang Semut. Mereka tinggal dua beranak sahaja setelah isteri Pak Omar baharu meninggal dunia beberapa minggu lalu. Anak syurga Pak Omar ini sudah berumur 48 tahun dan memerlukan bantuan sepenuhnya untuk penjagaan diri semenjak dilahirkan lagi. Alhamdulilah, walaupun Pak Omar sudah berumur 75 tahun tetapi masih diberi kekuatan untuk mengasuh anak sulungnya ini. 

Pak Omar seorang yang rajin memasak dan pelbagai menu terutamanya kuih tradisional menjadi kepakarannya. Apabila mengetahui kuih kegemaran saya adalah pulut sekaya, beliau meminta saya datang lagi ke rumahnya selepas bulan puasa untuk merasa resepi istimewa pulut sekaya beliau. Semoga mereka berdua sentiasa dirahmati pada bulan Ramadan ini.




Comments