ZIARAH RAMADAN BERSAMA WANITA UMNO

Ziarah Kasih Ramadan bersama Wanita UMNO Kuala Kedah di Kampung Luar, Teluk Bagan, Alor Terong, Hujung Alor dan Batas Paip telah diadakan pada 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadan 1441H. Antara dilawati adalah pemimpin veteran setempat yang banyak berjasa kepada komuniti, pesakit mental, strok, tulang belakang dan Parkinson serta warga emas. Semoga kehadiran kami sedikit sebanyak dapat menceriakan kehidupan mereka. 

Saya sungguh bertuah kerana program lawatan saya kali ini turut disertai oleh YBhg Dato’ Jamil Idross, mantan ADUN Pengkalan Kundor yang sangat berpengalaman dalam bidang politik dan kemasyarakatan. Selain itu, turut bersama Datin Noor Hasita Mat Isa, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah dan AJK beliau serta ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua wanita cawangan yang terlibat.
                                        


























Comments