MASALAH AIR TAMAN BERSATU, KUALA KEDAH

Pada 22 Jun 2020, saya menyertai lawatan bersama YB Dato’ Suraya Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Unit Teknikal SADA bagi meninjau permasalahan bekalan air di Taman Bersatu, Kuala Kedah. Pihak Aduan Rakyat TV3 turut hadir membuat liputan.
Hasil daripada lawatan ini, SADA memaklumkan seperti berikut :

1. Langkah segera mengatasi isu berbangkit dilaksanakan menerusi aktiviti takungan di rumah tangki pada waktu malam yang dilaksanakan bagi meningkatkan semula paras tangki supaya berada ditahap yang memuaskan untuk membekalkan air pada hari berikutnya.


2. Bagi kes-kes kecemasan, pihak SADA membekalkan bantuan air melalui lori tangki berdasarkan permohonan dan aduan pengguna yang disalurkan kepada Hotline SADA.

3. Langkah pro aktif yang lain dilakukan SADA ialah dengan mengaktifkan kembali rumah-rumah pam di sebahagian fasa Taman Bersatu untuk membantu menstabilkan bekalan air di kawasan terlibat seperti di Rumah Pam Fasa 1, Fasa 3 dan Fasa 4.

4. Penyelesaian jangka masa panjang penyuraian isu bekalan di Taman Bersatu dan kawasan sekitar dapat diselesaikan sepenuhnya dengan menaiktaraf Loji Rawatan Air Pelubang, Jitra termasuk pemasangan paip khusus untuk kawasan Kuala Kedah.

Saya amat berharap isu bekalan air ini dapat diselesaikan segera kerana ia bukanlah isu baharu. Rumah saya di Kuala Kedah juga turut terjejas sejak sekian lama. Semoga Kerajaan Negeri akan mampu merungkaikan isu ini dan kita perlu faham pastinya ini akan mengambil masa.



                                    













Comments