KERJAYA KEDOKTORAN

Ramai yang menyangka saya tidak lagi bertugas sebagai doktor perubatan apabila sering melihat saya sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti politik dan NGO. Sebenarnya bidang perubatan masih menjadi tugas hakiki yang mana kecintaan saya terhadap kerjaya ini tidak pernah pudar. Buat masa ini, saya bertanggungjawab memberi khidmat penjagaan kesihatan kepada hampir 70 orang pesakit dialisis di 3 buah pusat dialisis swasta. Tanggungjawab ini sentiasa diseimbangkan dengan kerja-kerja politik dan NGO saya. Kesihatan pesakit-pesakit saya sentiasa menjadi keutamaan.



Comments