LAWATAN OMNIPRESENCE RAKAN STRATEGIK

Pada 11 Jun 2020, Program Omnipresence rondaan bersama rakan strategik AADK Daerah Kota Setar dijalankan serentak dengan Program Ziarah Kasih LPPKN di kampung-kampung sekitar Pekan Kuala Kedah. Program ini disertai pelbagai agensi bertujuan menyampaikan mesej kesedaran tentang norma baharu dalam pencegahan covid19. Lebih 50 buah rumah dilawati yang terdiri daripada warga emas, golongan asnaf dan OKP. Selain poster promosi norma baharu, bahan sanitasi dan topeng muka, setiap rumah juga menerima barangan keperluan harian.

Selain saya selaku wakil NGO iaitu MCPF Daerah Kota Setar, program ini turut disertai Pengarah LPPKN Kedah, Ketua Unit Pencegahan AADK Kota Setar, anggota-anggota Balai Polis Kuala Kedah, anggota RELA dan wakil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Terima kasih LPPKN Kedah di bawah inisiatif Family and Comunity Empowerment (FACE) dan AADK Daerah Kota Setar di bawah inisiatif Projek Rintis Kuala Kedah serta semua agensi yang terlibat. Lawatan bersepadu pelbagai agensi ini menunjukkan satu kerjasama erat antara jabatan menuju ke arah matlamat yang sama dalam membantu masyarakat. Apabila semua jabatan dan NGO berkolaborasi demi matlamat yang sama, pasti akan menghasilkan impak yang positif kepada rakyat. Terima kasih semua.



































Comments