MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK RINTIS KUALA KEDAH

Pada 9 Jun 2020, telah diadakan mesyuarat penyelarasan Projek Rintis Kuala Kedah bersama jabatan dan NGO yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Kota Setar, Pegawai RELA Daerah, wakil-wakil Jabatan Pertanian, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Perpaduan, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan beberapa agensi lain yang menerima peruntukan untuk pelaksanaan program pencegahan dadah di Kuala Kedah. Taklimat turut disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah tentang tatacara pelaksanaan program dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selepas selesai mesyuarat, saya telah menandatangani surat penerimaan geran peruntukan bagi pihak Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah. Insha Allah, lebih banyak program untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) terutama dalam bidang kemahiran dan keusahawanan akan diatur selepas ini.

                                     







Comments