PEMANGKUAN KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Pada 31 Mei 2020 bersamaan 8 Syawal 1441H, telah diadakan mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Bil 2/2020 yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom. Saya telah menghadiri mesyuarat ini sebagai mewakili YBhg Dato’ Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan. Dalam mesyuarat ini, telah diputuskan bahawa saya akan menjalankan tugas-tugas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah sehingga beliau sihat semula dan bersedia untuk menjalankan tugas.

Ini merupakan satu tanggungjawab berat yang perlu saya pikul dalam suasana politik negara yang genting dan tidak menentu. Gerak kerja utama adalah memastikan jentera UMNO dengan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional Parlimen Kuala Kedah bersiap sedia dalam menghadapi PRU 15, di samping meneruskan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat. Semoga saya diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menunaikan amanah besar ini.





Comments