PERJUMPAAN BERSAMA NAIB PRESIDEN UMNO

Perjumpaan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO bersama Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah berlangsung pada 20 Jun 2020. Turut hadir bersama juga YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO. Banyak isu politik semasa dibincangkan dan pandangan disuarakan oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian demi kepentingan rakyat Negeri Kedah. Kami semua juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada YB ‘Pak Long Mail’ di atas prestasi cemerlang beliau dalam pengurusan krisis negara menghadapi wabak covid19. Inilah kehebatan seorang pemimpin UMNO yang berpengalaman dan berkaliber.







Comments