PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Pada 24 Jun 2020, saya juga berkesempatan bertemu YB Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan, Timbalan Presiden UMNO di pejabat beliau di Tingkat 8, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. Selain saya memberi taklimat tentang situasi semasa UMNO Bahagian dan politik Kuala Kedah, kami juga berbincang tentang halatuju UMNO dalam Kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini. Beliau memberi nasihat kepada saya tentang pentingnya menjadi ahli politik yang berprinsip dan meletakkan kepentingan agama, bangsa dan tanahair mengatasi segala kepentingan peribadi. Beliau adalah seorang pemimpin yang amat bijaksana, berprinsip dan berstrategi.



Comments