PROGRAM KEKAL HARMONI (KELUARGA KAMI LESTARI)

Program Kekal Harmoni (Keluarga Kami Lestari) telah diadakan secara serentak pada 27 Jun 2020 di dua lokasi iaitu di Dewan Kampung Tengah dan Dewan Seri Pantai, Kuala Kedah. Program di bawah inisiatif Projek Rintis Kuala Kedah ini dianjurkan oleh AADK Daerah Kota Setar dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar, Klinik Kesihatan Kuala Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat penglibatan NGO dan pemimpin masyarakat setempat.

Antara pengisian program adalah ceramah kekeluargaan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Kuala Kedah, sesi dialog bersama En Haffizie bin Yahya, Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar dan saya sendiri selaku Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang menekankan kemahiran keibubapaan turut diadakan.


Penganjuran program ini bermatlamat memberi peluang kepada komuniti Kuala Kedah terutamanya golongan ibu untuk mendapat pendedahan tentang kemahiran keibubapaan yang positif sebagai benteng dalam pencegahan dadah.

                                     
















Comments