TEMUSIHAT PDM TITI GAJAH

Jelajah Temuseru (Outreach) Kesihatan Masyarakat (Temusihat) UMNO Kuala Kedah telah diadakan di kawasan PDM Titi Gajah pada 20 Jun 2020. Antara yang dilawati adalah pesakit dialisis, tulang belakang, strok dan diabetes. Lebih kurang 15 buah rumah dilawati yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Pesakit diabetes kebanyakannya didapati mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi. Ada yang sehingga 28 mmo/l disebabkan makan durian tetapi tidak mengambil ubat diabetes. Khidmat nasihat penjagaan kesihatan diberikan kepada pesakit-pesakit dan keluarga mereka.
Terima kasih diucapkan kepada ketua-ketua cawangan UMNO Titi Gajah, Alor Senjaya, Taman Indah dan Taman Mas Merah yang turut serta dan memberi kerjasama yang baik.

                                     




























Comments