ZIARAH VETERAN UMNO SELARONG BATAK

Saya berkesempatan menziarahi seorang veteran UMNO di Kampung Selarong Batak. Beliau mengalami serangan strok sebulan yang lalu. Alhamdulilah, beliau sudah boleh kembali berjalan cuma masih memerlukan penggunaan tiub (Ryle’s tube) untuk pemakanan.

Selepas itu, kami menziarahi seorang warga emas di Kampung Air Masin yang kemalangan jalan raya 6 bulan lalu. Beliau tetap tabah dengan penggunaan implan ‘external fixation’ untuk membetulkan tulang kakinya yang patah. Semoga beliau segera pulih dan dapat berjalan semula. Turut bersama saya Ketua Pemuda Bahagian, AJK Bahagian dan Ketua Cawangan.




 





Comments