BENGKEL JAHITAN WANITA AWAKE

Bengkel Jahitan Pakaian Wanita anjuran Kelab Kesedaran Komuniti (AWAKE) telah diadakan pada 24 Julai 2020 di Dewan Sri Pantai, Kuala Kedah. Saya dijemput menyampaikan pengisian tentang keselamatan diri dan keluarga dalam menghadapi ancaman dadah. Selain itu, sesi taklimat pengurusan kewangan oleh Pensyarah UniSHAMS dan sesi taklimat oleh Pegawai Tekun Nasional turut diadakan.

Seterusnya saya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Ini merupakan program yang terbaik sebagai satu kaedah memperkasakan golongan wanita. Tahniah AWAKE.

                                         







Comments