JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH DAERAH KOTA SETAR

Pada 22 Julai 2020, saya menerima satu lagi amanah apabila telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar. Jawatankuasa ini kini bertaraf NGO apabila sudah berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Saya telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa yang pertama dan telah menggariskan elemen 4K sebagai halatuju utama iaitu setiap program harus berfokuskan Kepulihan, Kebajikan, Kemahiran dan Keusahawanan.

Jawatankuasa kali ini boleh dikatakan mantap apabila dianggotai oleh ramai individu yang pakar dalam bidang masing-masing, iaitu antaranya Pakar Perunding Psikiatri, Kaunselor bertauliah, Pegawai Tekun Nasional, Pegawai Pelindung kanak-kanak JKM, pemimpin belia dan aktivis masyarakat. Semoga kami mampu membimbing klien-klien AADK demi mengembalikan fungsi sosial mereka dalam masyarakat.

                                               










Comments