JAWATANKUASA TINDAKAN PERPADUAN DAERAH KOTA SETAR

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Daerah Kota Setar telah berlangsung pada 15 Julai 2020 dan dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar. Fungsi jawatankuasa ini adalah membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional serta merancang program-program bersama yang bermatlamatkan memupuk keharmonian pelbagai bangsa dalam masyarakat. 

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Pejabat Perpaduan Daerah bertindak sebagai sekretariat serta dianggotai oleh Ketua-ketua jabatan dalam daerah, ketua agensi penguatkuasa, tokoh-tokoh masyarakat, wakil NGO dan swasta, pengerusi Rukun Tetangga serta penghulu-penghulu mukim.

Dalam mesyuarat ini, saya telah menerima surat perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Daerah Kota Setar. Terima kasih di atas kepercayaan ini. Insha Allah, tanggungjawab ini akan disempurnakan sebaiknya.

                                      











Comments