MAJLIS JASAMU DIKENANG KETUA POLIS KEDAH

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 21 Julai 2020 di Menara Alor Setar bagi meraikan YDH CP Dato’ Zainuddin bin Yaacob, Ketua Polis Kedah merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah yang telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.

Majlis ini turut dihadiri oleh SAC Che Zamani bin Che Awang, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), ACP Ramia a/l Kanapathi, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Kedah dan YBhg Dato’ Hashim bin Ali, Timbalan Pengerusi MCPF Kedah serta pengerusi-pengerusi MCPF setiap daerah.

Saya menyampaikan cenderahati bagi pihak MCPF Daerah Kota Setar sebagai tanda penghargaan kepada YDH Dato’. Selesai majlis, pihak pengurusan Menara Alor Setar telah mempelawa kami meninjau panorama Bandaraya Alor Setar dari unit Star View. Indah sekali pemandangan Alor Setar dari sini.

Secara peribadi, saya amat mengagumi YDH Dato’ Zainuddin. Besar jasa beliau kepada Negeri Kedah terutamanya ketika tempoh PKP yang mana beliau telah memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan rakyat Kedah sentiasa terpelihara. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa dengan kekuatan fizikal, mental dan spiritual yang hebat. Istimewanya juga apabila kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Selamat maju jaya Dato’, semoga kita akan bertemu kembali.

                                                            





















Comments