MTMD DAERAH KOTA SETAR BIL 1/2020

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kota Setar Bil 1/2020 telah berlangsung pada 13 Julai 2020 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kota Setar. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Mohd Rezal bin Dato’ Paduka Haji Rasli, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar. Turut hadir En Mohd Rizal bin Tawil iaitu Pengarah AADK Kedah, Ketua Pegawai AADK Daerah, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai RELA Daerah, Pegawai Perpaduan Daerah, wakil PDRM Kota Setar, wakil Pejabat Pendidikan Daerah, wakil LPPKN, wakil MBAS, penghulu-penghulu mukim serta agensi-agensi lain.

Saya telah membangkitkan isu wanita dan kehamilan tak sah taraf serta pengabaian kanak-kanak yang berpunca dari permasalahan dadah yang mana fenomena ini agak membimbangkan. Adalah diharapkan kerjasama pelbagai jabatan akan dapat digemblengkan bagi sama-sama menangani isu penyalahgunaan dadah di Kota Setar.

                                      









                                       

Comments