PERTANDINGAN ESPORTS PADANG LALANG

Pertandingan esports anjuran Pemuda UMNO Cawangan Sungai Baru Tengah dan Padang Lalang telah diadakan pada 23 Julai 2020 di Funzone Padang Lalang. Penyertaan melibatkan lebih kurang 40 orang belia dari sekitar Anak Bukit.

Untuk peminat bolasepak, permainan PS4 FIFA2020 ini memang mengasyikkan. Saya sempat juga bermain satu perlawanan dan menang walaupun melalui tendangan penalti. Saya selalu juga bermain FIFA98 ketika zaman mahasiswa dahulu.

Tahniah kepada semua pemenang. Aktiviti sebegini dapat menghindarkan golongan muda daripada gejala sosial yang tidak sihat. Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Padang Lalang.

                                         












Comments