PROGRAM KEKAL HARMONI SIRI 2

Program Kekal Harmoni anjuran AADK Kota Setar telah dianjurkan pada 11 Julai 2020 di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. Program menyasarkan penyertaan ketua-ketua keluarga yang kebanyakannya merupakan kaum ibu dari sekitar Kuala Kedah. Pengisian program kali ini meliputi ceramah daripada wakil Pejabat Agama Daerah, LPPKN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Saya turut berkesempatan membuat sedikit pengisian kepada para hadirin. Dalam ucapan, saya berharap masyarakat mengubah persepsi bahawa segala aktiviti penguatkuasaan pihak berkuasa terhadap pengguna dadah adalah bertujuan untuk menyelamat dan bukannya menganiaya, demi mengembalikan mereka ke pangkal jalan. Dan masyarakat haruslah sentiasa buka mata sekiranya ada ahli keluarga dan komuniti yang terlibat dadah dan berusaha membantu mereka keluar daripada jerangkap penagihan ini.

                                     







Comments