PROGRAM OMNIPRESENCE BERSAMA PEGAWAI DAERAH KOTA SETAR

Program Omnipresence AADK di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah telah diadakan pada 9 Julai 2020. Program berbentuk walkabout ini bertujuan untuk menunjukkan kehadiran pihak berkuasa bagi menimbulkan rasa selamat di kalangan ahli komuniti.

Program kali ini sangat bertuah kerana turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar. Beliau turun meninjau dan melihat sendiri persekitaran di Kampung Tepi Laut dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga OKP.

Pelbagai jabatan dan agensi turut serta dalam program ini. Antaranya PDRM, RELA, Agensi Penguatkuasan Maritim (APMM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Belia Daerah, Skuad AADK dan pegawai-pegawai Pejabat Daerah Kota Setar. Selain itu, walkabout ini diketuai oleh Ketua Pegawai AADK Kota Setar bersama Penghulu Mukim Kuala Kedah, Ketua Cawangan UMNO Kg Tepi Laut dan saya sebagai mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan penduduk kampung ini. Masalah dadah ini perlu ditangani oleh semua pihak, dan bukan AADK dan PDRM sahaja.

                                                      























Comments