TEMUSIHAT PDM TAMAN SOPHIA

Jelajah Temuseru (Outreach) Kesihatan Masyarakat (Temusihat) UMNO Kuala Kedah di kawasan PDM Taman Sophia telah diadakan pada 10 Julai 2020. Antara yang dilawati adalah pesakit dialisis, pendarahan otak, strok dan diabetes. Salah seorangnya adalah pesakit yang telah menjalani dialisis sejak 15 tahun lalu. Seorang lagi adalah remaja berumur 15 tahun yang kemalangan tahun lepas dan lumpuh selepas mengalami pendarahan otak. Semoga dipermudahkan segala urusan pesakit-pesakit ini. Terima kasih diucapkan kepada ketua-ketua Cawangan Taman Seri Kota, Padang Raja, Hujung Alor, Hutan Putus dan Darussalam.

                                     















Comments