UMNO KEDAH MERAIKAN MENTERI BESAR KEDAH

Pada 3 Julai 2020, UMNO Negeri Kedah telah menganjurkan majlis makan malam sempena meraikan perlantikan YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14. Majlis ini turut dihadiri oleh kepimpinan PAS Negeri Kedah. Sesi dialog bersama YAB Menteri Besar Kedah turut diadakan yang mana beliau menyatakan Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang terbuka dan bersedia mendengar pandangan semua pihak demi kesejahteraan rakyat. Semoga ukhwah antara UMNO dan PAS Kedah akan semakin kukuh atas semangat Muafakat Nasional.

                                    







Comments