LIGA FUTSAL MERDEKA PRIHATIN 2020

Liga Futsal Merdeka Prihatin 2020 anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Setar telah diadakan pada 22 Ogos 2020 di D’Futsal, Titi Gajah.

Program melibatkan penyertaan 56 Orang Kena Pengawasan (OKP). Turut hadir En Haffizie Yahya, Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar dan Cik Natrah Esa, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Kedah. Program ini dibantu penganjurannya oleh sukarelawan-sukarelawan MBD yang merupakan alumni Program Malaysia Future Leaders School (MFLS).

Program ini adalah satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan OKP. Senaman fizikal akan merangsangkan rembesan hormon endorphin bagi membantu kepulihan para OKP.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.










Comments