PERTEMUAN KETUA POLIS DAERAH KOTA SETAR BAHARU

Pertemuan pertama bersama YDH ACP Nor Azman bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kota Setar yang baharu telah diadakan pada 11 Ogos 2020. Sebelum ini, beliau bertugas di Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Bukit Aman, dan merupakan salah seorang pakar forensik yang terlibat dalam mengendalikan kes MH17 di Ukraine beberapa tahun lepas.

Kami berbincang bagi merencanakan gerak kerja bersama dalam program-program kemasyarakatan dan pencegahan jenayah yang akan datang. Turut bersama Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar, Setiausaha MCPF Kedah dan Pengerusi Kelab RELA Kehormat/Bersekutu Kota Setar.

Tuan Nor Azman akan memulakan tugasnya di IPD Kota Setar pada minggu hadapan. Selamat datang Tuan ke Kota Setar.









Comments