PROGRAM ADVOKASI KAMPUNG SEMATANG PINANG

Program Advokasi bersama komuniti Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah telah diadakan pada 12 Ogos 2020 bertempat di Surau Kampung Sematang Pinang. Turut bersama memberi pengisian adalah Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.

Saya menyampaikan mesej agar semua anggota komuniti memainkan peranan masing-masing bagi mendidik dan mencegah anak bangsa daripada terjerumus dalam lembah kebinasaan. Program perjumpaan kumpulan kecil sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan berisiko tinggi.






Comments