PROGRAM AHLI KEHORMAT/BERSEKUTU RELA KEDAH

Program bersama Ahli Kehormat RELA Kehormat/Bersekutu Kedah telah diadakan pada 28 Ogos 2020 bertempat di Starsky Restaurant & Lounge (Restoran Berputar), Menara Alor Setar.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kedatangan YDH ACP Noor Azman bin Mohd Noor sebagai Ketua Polis Daerah Kota Setar yang baharu dan meraikan kenaikan pangkat Puan Annur binti Halim, mantan Pegawai RELA Daerah Kota Setar yang bertukar ke Pejabat RELA Negeri Kedah.

Dalam ucapan, saya mengalu-alukan kehadiran Tuan Nor Azman ke Kota Setar dan berjanji akan memberi sepenuh kerjasama kepada beliau melalui platform NGO saya iaitu sebagai Pengerusi MCPF Kota Setar, Kehormat RELA dan ikon AADK.

Saya juga menyampaikan ucapan penghargaan kepada Puan Annur di atas segala khidmat bakti sebagai Pegawai RELA Daerah Kota Setar sepanjang 4 tahun lepas. Kami Kehormat RELA berasa kehilangan seorang pegawai dan rakan yang sentiasa komited terhadap tugasan.












Comments