PROGRAM K.A.M.I PRIHATIN

Program K.A.M.I (Kempen AntiDadah Melalui Informasj) PRIHATIN telah diadakan pada 24 Ogos 2020. Ia adalah program berbentuk hebahan maklumat tentang pencegahan dadah, penjagaan kesihatan dan kesedaran undang-undang melalui pengedaran pamphlet kepada ahli komuniti.

Seramai 70 orang dari skuad AADK dan pelbagai NGO belia bergerak dari rumah ke rumah mengedarkan risalah-risalah ini di 7 buah perkampungan nelayan di Kuala Kedah sebagai satu ‘walking message’ kepada masyarakat setempat.

Saya telah menyampaikan pengisian tentang kesan-kesan dadah kepada invididu dari segi fizikal, mental dan fungsi sosial serta impaknya kepada komuniti dalam majlis penutup kepada sukarelawan-sukarelawan ini.





















Comments