PROGRAM MISI 5G

Pada 15 Ogos 2020, atas kapasiti sebagai Pengerusi Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS), saya telah dijemput untuk merasmikan Program Misi 5G (Garap, Genius, Giat, Gigih, Gah) bertempat Mega View Hall, Menara Alor Setar.

Program ini disertai oleh golongan belia Kuala Kedah yang diberi bimbingan untuk menjadi usahawan atas talian yang berjaya. Program ini diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Persatuan Tunas Usahawan Belia Utara (PERTURA) dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Semoga usaha ini dapat memperkasa belia dalam aspek ekonomi melalui penggunaan media baharu selaras dengan ledakan Revolusi Perindustrian 4.0.

Program ini adalah sebahagian usaha AADK melalui Inisiatif Bersepadu Menangani Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial di Kuala Kedah. Turut hadir bersama En Haffizie bin Yahya, Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar. Penglibatan belia dalam bidang keusahawanan adalah sebagai faktor pelindung dan pastinya akan menjauhkan mereka daripada gejala sosial.















Comments