PROGRAM OMNIPRESENCE KAMPUNG KOMPLEKS

Program Omnipresence AADK di Kampung Kompleks dan Kampung Tengah, Kuala Kedah telah diadakan pada 10 Ogos 2020. Program berbentuk walkabout ini bertujuan untuk menunjukkan kehadiran pihak berkuasa bagi menimbulkan rasa selamat di kalangan ahli komuniti.

Pelbagai jabatan dan agensi turut serta dalam program ini. Antaranya PDRM, RELA, Agensi Penguatkuasan Maritim (APMM), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), dan Skuad AADK. Saya sebagai mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar turut menyertai rondaan dalam kampung saya ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sememangnya semua ceria-ceria belaka apabila membuat rondaan sambil menikmati pemandangan tepi laut yang indah.


















Comments