PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI KUALA KEDAH

Program Pembangunan Kapasiti bagi Inisiatif Bersepadu Menangani Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial Kuala Kedah telah diadakan pada 12 dan 13 Ogos 2020 bertempat di Hotel Raia, Titi Gajah.

Program ini mengumpulkan wakil-wakil agensi seperti PDRM, Jabatan Perpaduan, PIBG sekolah, masjid, Rukun Tetangga, Jabatan Pertanian, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Pejabat Kesihatan Daerah dan NGO-NGO bagi menjalankan sumbangsaran dan percambahan idea melalui bengkel kluster infrastruktur, pendidikan pencegahan, ekonomi dan sosial. Saya diletakkan dalam kumpulan bengkel untuk kluster infrastruktur bersama YBhg Dato’ Pegawai Daerah Kota Setar yang turut hadir sebagai peserta.

Majlis Perasmian Penutup Program Pembangunan Kapasiti ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Rizal bin Tawil, Pengarah AADK Negeri Kedah. Semoga program dua hari ini telah menghasilkan idea dan perancangan baharu untuk kemaslahatan masyarakat Kuala Kedah.

















Comments