PROGRAM SEMBANG SANTAI KETUA PENGARAH AADK

Program Sembang Santai Ketua Pengarah AADK, YDH CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah bersama Komuniti Kuala Kedah telah berlangsung pada 24 Ogos 2020 bertempat di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. Program ini dihadiri oleh Pengerusi JPKK, Wakil Masjid, Pengerusi PIBG dan wakil NGO setempat.

Menurut Dato’ Sri Zulkilfi Abdullah, Kerajaan sedang mengkaji untuk menggubal akta baharu iaitu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang akan memberi capaian yang lebih baik untuk merawat pulih penagih dadah dan substan serta menguatkuasakan larangan penanaman bahan psikoaktif seperti ketum.

Program turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar, YDH ACP Noor Azman bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kota Setar dan Tuan Mohd Rizal bin Tawil, Pengarah AADK Kedah.












Comments