SUKARELAWAN MAJLIS BELIA DAERAH KOTA SETAR

Ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sukarelawan-sukarelawan Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Setar yang membantu penganjuran Futsal Merdeka Prihatin pada 22 Ogos 2020. Mereka ini merupakan alumni Program Malaysia Future Leaders School, Kementerian Belia dan Sukan.

Saya bersama Jawatankuasa MBD sempat beramah mesra dan bermain satu perlawanan futsal persahabatan dengan pasukan mereka. Sememangnya agak memenatkan bermain dengan anak-anak belia ini memandangkan umur ahli pasukan kami yang semakin meningkat. Walaupun kami tewas 2-1 tetapi pasukan kami tetap memberikan saingan sengit.

Saya meminta kepimpinan MBD Kota Setar untuk terus melibatkan anak-anak muda ini dalam program-program kesukarelaan pada masa akan datang.












Comments