ZIARAH VETERAN UMNO TAMAN SERI PUTRA

Pada 14 Ogos 2020, saya berkesempatan menziarahi Haji Osman Bashah, veteran UMNO yang uzur akibat terjatuh baru-baru ini. Beliau adalah mantan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Ketua UMNO Cawangan Taman Seri Putra. Beliau seorang pemimpin tempatan yang aktif terutamanya ketika zaman Dato' Seri Syed Razak menjadi Menteri Besar Kedah. 

Alhamdulilah, beliau telah mampu berdiri dan mengatur langkah dengan bantuan ‘walking frame’ selepas menjalani beberapa sesi fisioterapi. Semoga beliau akan segera sembuh.







Comments