HARI PERTAMA PKPD DAERAH KOTA SETAR


Pertemuan bersama YDH ACP Nor Azman bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kota Setar telah diadakan pada 11 September 2020 iaitu hari pertama penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kota Setar. 

Beliau meminta sesiapa yang perlu keluar dari daerah atas sebab-sebab kecemasan, perlu mendapatkan kebenaran daripada balai polis yang berhampiran. Begitu juga sesiapa yang ingin masuk ke dalam daerah perlu mendapatkan kebenaran balai polis dari tempat mana seseorang individu itu datang.

Kami juga berbincang tentang inisiatif MCPF dan RELA Kehormat dalam penyediaan makanan dan pusat dekontaminasi untuk para petugas barisan hadapan yang melibatkan 700 orang anggota PDRM, ATM dan RELA. Insha Allah pihak kami akan berusaha membantu bagi memudahkan urusan semua petugas sehabis baik. Semoga penularan covid19 melalui kluster sungai dan telaga dapat dibendung sepenuhnya.

Comments