MESYUARAT JKPD KOTA SETAR BIL 2/2020

Pada 10 September 2020, saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar Bil 2/2020 di Wisma Persekutuan, Alor Setar. Beberapa program telah dirancang, antaranya Program Temuseru OKP, Program Mentor Mentee, Kem Psikospiritual dan Program libat urus (engagement) bersama OKP wanita. 

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ezzya, Pengasas Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah yang turut hadir untuk berkongsi pengalaman beliau bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar. Semoga apa yang disampaikan dapat memberi keinsafan dan semangat kepada kami semua untuk terus berjuang membantu golongan yang memerlukan dan terpinggir dalam masyarakat. Semoga Puan Ezzya bersama keluarga dan penghuni-penghuni rumah amalnya sentiasa dirahmati Allah swt.







Comments