PROGRAM AGIHAN BUBUR ASYURA MCPF-PDRM-RELA KOTA SETAR 1442H

Program Agihan Bubur Asyura 1442H bersama YDH ACP Nor Azman bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kota Setar telah diadakan pada 5 September 2020 bersamaan 17 Muharram 1442H di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Jalan Kolam Air, Alor Setar. 

Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar, PDRM Daerah Kota Setar dan RELA Kehormat/Bersekutu Negeri Kedah. Sebanyak 350 bungkus bubur asyura telah disediakan oleh pihak penganjur untuk diserahkan kepada masyarakat awam yang melalui jalan di hadapan IPD Kota Setar. 

Semoga penganjuran program ini dapat merapatkan hubungan PDRM bersama agensi, NGO dan masyarakat awam melalui aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Polis dan masyarakat berpisah tiada.

                                     













Sinar Harian 6.9.2020










Comments