PROGRAM SANTAI BADMINTON BELIA

Pertandingan Santai Badminton sempena Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 4 September 2020 di Dewan KIA, Alor Setar. Program ini adalah anjuran Majlis Belia Daerah Kota Setar, Pertubuhan Melayu Nusantara (PENGGERAK) Kedah dan Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS). 

Program ini telah berjaya mengumpulkan ramai peserta dari kalangan belia berbilang bangsa yang bermain dengan penuh semangat kesukanan. Turut hadir bersama adalah sahabat saya, Dr Kamarul Azman bin Khamis yang merupakan Pengerusi PENGGERAK Negeri Kedah.












Comments