SUMBANGAN UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN PKPD KOTA SETAR

Pada 15 September 2020, pihak kami RELA Kehormat/Bersekutu dan MCPF Kota Setar telah menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pihak kesihatan, PDRM dan RELA sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka sepanjang tempoh PKPD di Daerah Kota Setar. 

Mulanya kami singgah menyampaikan makan malam kepada anggota-anggota RELA yang bertugas di Pusat Kuarantin, Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Selepas itu, kami menyampaikan sumbangan makan malam kepada anggota-anggota polis yang sedang bertugas di Ibu Pejabat PDRM Daerah (IPD) Kota Setar. Insha Allah, makan malam akan dibekalkan oleh pihak kami untuk staf IPD setiap malam sehingga PKPD berakhir. Sumbangan diterima oleh KPL/S Mohd Faizal bin Adnan bagi pihak IPD Kota Setar.

Seterusnya kami singgah di Bilik Gerakan Covid19, Unit Inspektorat, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk menyampaikan sumbangan air mineral kepada Dr Hanisah binti Ahmad untuk kegunaan petugas-petugas kesihatan yang menjalankan saringan covid19 terhadap masyarakat setempat. 

Semua ini merupakan sedikit sumbangan kami kepada petugas-petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus membendung penularan kluster telaga dan sungai di Daerah Kota Setar. Terima kasih semua.





Comments