GELANG PINK

Syukur alhamdulilah saringan covid-19 saya dua kali negatif. Pada 28 September 2020, adalah tarikh saya berpisah dengan gelang pink ini setelah 2 minggu bersama. Tempoh kuarantin ini banyak memberi masa kepada saya untuk berfikir dan membaca.

Walaupun virus covid-19 kini berada dalam komuniti, kita harus sentiasa mematuhi SOP - pakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dan jaga penjarakan fizikal, insha Allah kita akan dilindungi. Sememangnya agak sukar untuk mengelakkan diri daripada menjadi kontek potensi kes kerana kita tidak tahu siapa yang sudah terdedah kepada virus ini dalam rutin seharian kita. Hanya dengan mematuhi SOP sahaja risiko jangkitan dapat dikurangkan.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan yang berkhidmat sepanjang tempoh PKPD Kota Setar. Harapnya kita semua sentiasa berhati-hati dengan peningkatan kes dan kemunculan kluster baharu di Kedah mutakhir ini.



Comments