HARI KEDUA KEM PSIKOSPIRITUAL ISLAM 2020

Hari kedua Kem Psikospiritual Islam 2020 pada 21 Oktober 2020 bermula seawal jam 4.30pagi dengan program qiyamulalail yang diketuai oleh ustaz-ustaz jemputan dari AADK Kedah. Pengisian kerohanian ini amat penting bagi mendekatkan para peserta untuk kembali ke pangkal jalan. Ini adalah kunci kepulihan mereka. 

Selepas kuliah subuh, saya bersama para peserta dan sukarelawan berkembara di dalam hutan, mendaki bukit dan meredah sungai sejauh hampir 4km. Program jungle trekking ini sangat bermakna bagi membina jatidiri dan ketahanan mental para peserta sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Walaupun kami semua penat, tapi ternyata sangat berbaloi.




















Comments