KERJASAMA PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT DM KEDAH DAN AADK

Pada 19 Oktober 2020, saya telah menandatangani perjanjian bagi pihak Diabetes Malaysia(DM) Negeri Kedah dengan AADK untuk penganjuran ‘Program Gaya Hidup Sihat’ di Kuala Kedah. Saya bersama Setiausaha Kehormat DM Kedah kemudiannya menyerahkan dokumen perjanjian tersebut kepada Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar. 

Program ini menerima peruntukan untuk penganjuran di lima kampung di dalam kawasan Program Rintis AADK Kuala Kedah yang meliputi aktiviti ceramah kesihatan, senamrobik dan saringan kesihatan percuma oleh pasukan DM Kedah.



Comments