MAJLIS PENUTUPAN KEM PSIKOSPIRITUAL ISLAM 2020 'MURAQABATUN NAFS'

Kem Psikospiritual Islam 2020 ‘Muraqabatun Nafs’ di Kem Kampung Acheh Management Centre (KAMC) anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar dan Persatuan Rakan Kepulihan Anda (PERAKAN) berlangsung pada 20-21 Oktober 2020. Seramai 40 OKP dari Kuala Kedah hadir kem ini yang meliputi aktiviti latihan dalam kumpulan, mentor mentee, qiyamulail dan jungle trekking.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan pada 21 Oktober 2020. Dalam ucapan perasmian penutup, saya menyeru para peserta memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam program ini untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam kepulihan yang akan menjamin fungsi sosial yang lebih baik dalam keluarga dan masyarakat. Semoga program ini menjadi titik tolak transformasi ke arah kehidupan yang lebih positif bagi para peserta.

                                        




















Comments