MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMK SERI PANTAI

Pada 1 Oktober 2020, saya telah dijemput untuk menghadiri majlis meraikan persaraan Yang Berusaha En Ku Azizan bin Ku Baharum, Pengetua SMK Seri Pantai, Kuala Kedah. 

Kehadiran saya adalah sebagai menghargai segala jasa dan kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada NGO-NGO saya selama ini dalam usaha membantu pelajar-pelajar anak Kuala Kedah. Beliau adalah seorang pengetua yang berdedikasi dan sentiasa terbuka menerima pelawaan mana-mana pihak yang berhajat mahu membantu sekolahnya. Pada hari terakhir pun beliau masih menaip surat dan melihat keperluan Galeri Kemahiran Hidup. 

Terima kasih cikgu di atas khidmat bakti selama 30 tahun sebagai pendidik. Semoga cikgu terus dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik. Selamat bersara.

                                             




















Comments