MAJLIS TOWNHALL PDRM KEDAH - BAHAYA KETUM

Pada 19 Oktober 2020 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, saya telah menghadiri Program Townhall ‘Bahaya Ketum’ anjuran PDRM Kedah. Program ini dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Hasanuddin bin Hassan, Ketua Polis Kedah.

Program ini menampilkan ahli-ahli panel yang terdiri Dr Sabri bin Zainuddin, Timbalan Ketua Pengarah AADK, Prof Dr Azniza binti Ishak, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Supt Chandra Segaran A/L Subramaniam, Penolong Pengarah Perundangan/Siasatan Jenayah Narkotik,PDRM Bukit Aman.

Ketika sesi soal jawab, saya telah menyarankan agar corak pemikiran (mindset) masyarakat bahawa ‘ketum itu ubat’ harus diubah kepada ‘ketum itu dadah’. Kempen kesedaran dan pendidikan harus diperluaskan bagi membetulkan corak pemikiran ini. Kajian klinikal dengan kerjasama pihak hospital dan pusat penyelidikan klinikal juga perlu diatur bagi membuktikan ketum memberi kesan yang negatif kepada kesihatan. Jika ketum ada manfaatnya, biarlah pihak institusi perubatan dan pakar perubatan yang menentukan dan bukannya masyarakat boleh menggunakannya sesuka hati tanpa kawalan.
















Comments